BUNGA ANGGERIK
Blog ini mengumpulkan beberapa info yang berkaitan dengan bunga-bunga di Malaysia.
Friday, 14 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Saturday, 8 December 2012
BUNGA MAWAR
BUNGAWAR
BUNGA MAWAR
Penyimpangan daripada pelan struktur yang tipikal
Walaupun struktur bunga yang dihujahkan diatas dianggap sebagai pelan
struktur yang "tipikal", spesies-spesies tumbuhan menunjukkan
kepelbagaiaan pengubahsuaian yang luas daripada pelan ini.
Pengubahsuaian-pengubahsuaian ini adalah penting dalam evolusi tumbuhan
berbunga dan digunakan oleh ahli-ahli botani untuk mengasaskan hubungan
antara spesies-spesies tumbuhan. Umpamanya, kedua-dua subkelas tumbuhan
berbunga dapat dibezakan melalui bilangan organ bunga dalam setiap
sepusar: dikotiledon biasanya mempunyai 4 atau 5 organ (atau angka kandungan 4 atau 5) dalam setiap sepusar, dan monokotiledon
mempunyai tiga atau angka kandungan tiga. Sebatang pistil majmuk
mungkin mempunyai hanya dua karpel, ataupun langsung tidak mempunyai
kaitan dengan generalisasi monokot dan dikot yang dihuraikan di atas.
Dalam kebanyakan spesies, bunga-bunganya mempunyai kedua-dua pistil
dan stamen seperti yang diperihalkan di atas. Bunga-bunga ini ditakrif
oleh ahli-ahli botani sebagai sempurna, dwiseksual, atau hermafrodit. Bagaimanapun, dalam sebilangan spesies tumbuhan, bunganya tidak sempurna atau uniseks,
iaitu mempunyai hanya bahagian jantan (stamen) atau betina (pistil).
Dalam kes tersebut di mana sebuah tumbuhan adalah jantan atau betina,
spesies itu dianggap sebagai tumbuhan diesisme. Bagaimanapun, jika bunga jantan dan bunga betina bertumbuh dalam tumbuhan yang sama, spesies itu dianggap sebagai tumbuhan monesisme
Sebilangan bunga mempunyai kedua-dua stamen dan pistil yang berupaya untuk penswasenyawaan.
Sifat ini meningkatkan kemungkinan untuk menghasilkan biji tetapi
mengehadkan kelainan genetik. Kes penswasenyawaan yang keterlaluan
terjadi dalam bunga-bunga yang selalu mensenyawakan sendiri, seperti
bunga dandelion.
Sebaliknya, banyak spesies tumbuhan mempunyai jara untuk menghalangkan
penswasenyawaan. Bunga jantan dan bunga betina dalam tumbuhan yang sama
tidak akan muncul pada masa yang sama, atau debunga daripada pokok yang
sama tidak berupaya mempersenyawakan ovul-ovulnya. Jenis bunga-bunga
terakhir ini yang mempunyai penyekat kimia untuk debunga sendiri dirujuk
sebagai "mandul sendiri" atau "tak serasi sendiri" (sila lihat: Keseksualan tumbuhan).
Perbincangan tambahan tentang pengubahsuaian bunga daripada pelan
asas diberikan dalam rencana-rencana bagi setiap bahagian asas bunga.
Bagi spesies-spesies yang mempunyai lebih daripada satu bunga pada
paksinya, koleksi bunga itu diistilahkan sebagai infloresen. Dari segi ini, perhatian mesti diambil untuk mempertimbangkan apakah itu "bunga". Umpamanya dalam istilah botani, sekuntum bunga daisi atau bunga matahari yang tunggal tidak dianggap sebagai sekuntum bunga, tetapi sebaliknya, sebagai kepala
bunga — satu infloresen terdiri daripada banyak bunga yang kecil
(kekadang digelarkan "floret"). Anatomi untuk setiap bunga kecil itu
mungkin mengambil bentuk yang dihuraikan di atas.
Monday, 26 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)